Powered By Blogger

cuteComel

My photo
tawauKuantan, sabahPahang, Malaysia
TRUE friendship is not just sharing to show that you're caring... it's mean something more than that... No need to say, no need to show… just close your eyes and she will in your mind… Coz she have thougt you the TRUE meaning...

Sunday, March 1, 2009

Seminit buatku untukmu Teman

Teman

berikan aku seminit untuk bercerita
tentang rasa hatiku saat mengenalimu

Berikan aku seminit untuk berkhayal
tentang saat manis kita bersama
dan
seminit itu akan kugarapkan

menjadi sekuntum senyuman
hanya kerana kau ada untukku...

Teman

mungkin seminit masih tidak cukup
untuk menyatakan sayangku terhadapmu

Mungkin seminit tidak akan pernah cukup
untuk aku mengenang semua kenangan kita
kerana ia terlalu banyak

Duhai teman

adakalanya hati tersilap menafsir
perasaan pula sering terkeliru
dan kita tenggelam dalam emosi
memilih menjauh kerana ego.

Teman

mungkin jua tiada kata untuk aku....
...menggambarkan apa yang ada dihatiku....

Terlalu sukar untuk aku lafazkan

Dan aku tidak berdaya untuk membuktikan
sedang tiada siapa mampu mengerti....
sedangkan aku mengharap untuk difahami.

Teman

sehingga saat ini....
aku masih tidak mampu
atau
mungkin aku tidak akan pernah mampu
menjadi yang terbaik bagimu...

Teman

Hadirmu adalah anugerah buatku
walau sekejap namun ianya tetap memberi makna
kerana
Aku amat menghargai setiap saat kau
mencipta senyumku
dan
aku mahu kau tahu
walau kita tidak lagi seperti dahulu......

Kau tetap....
adalah.... salah satu sebab
untuk Aku

mensyukuri hidup ini!!!

0 comments:

Followers