Powered By Blogger

cuteComel

My photo
tawauKuantan, sabahPahang, Malaysia
TRUE friendship is not just sharing to show that you're caring... it's mean something more than that... No need to say, no need to show… just close your eyes and she will in your mind… Coz she have thougt you the TRUE meaning...

Monday, September 28, 2009

indrani 2 (part 2)

”Hello dik? Ko buat apa?” terasa pelik soalan yang diajukan Din.
”Ar? Aku ndakda buat apa...saja jak belek-belek buku nie. Napa Din? Ko ada masalah ka?”
”Abang bad mood la...” suara Din kelihatan moody.
”Kenapa? Gaduh dengan Wani ka?” tanyaku segera.
”A’ah... ntahla dia tu. Dia macam ndak fahamla keadaan abang.”
”Ndak faham macam mana tu? Cuba story sikit.” Pintaku. “Apa yang ko dah buat kat dia?” sambungku lagi.
”Ndak mau la story... bikin hati ku panas jak.” suara Din semakin tegang. Aku tahu perangai buruknya itu. Bila marah, dia tidak mahu orang banyak soal. Nanti tak pasal-pasal kena ayat-ayat berbisa dia sekali.
”Fine.. takyah la story. But ingat...Hamka pernah kata dalam sebuah novelnya, Cinta itu pasti teruji. So fight for that.!” aku cuba memberikan semangat pada Din.
“Look Din, aku memang tak rapat dengan Wani macam mana Zaza dengan Mira rapat dengan dia but honestly aku gembira bila kau couple dengan dia walaupun ada mulut jahat yang kata perangai Wani tu bukannya elok sangat. Aku tak pernah percaya sebab tak adil rasanya aku menilai Wani hanya kerana mendengar dari sebelah pihak sahaja.
And please buktikan pada aku yang Wani adalah cinta terakhir kau. Aku ingin sekali mendengar itu. Aku boleh terima kalau kau tak boleh buang tabiat merokok kau but ini soal lain. This is about love!
Kita mungkin akan dapat memberi tanpa menyintai tapi kita takkan sesekali dapat mencintai tanpa memberi.” Fuh! Panjang juga ceramahku. Siap dengan nada ala-ala berfalsafah gitu! Perliku pada diri sendiri.
Suara Din tidak kedengaran lalu aku melihat pada handphone ditanganku yang ku letak dicuping telinga sejak tadi. Ku perhatikan isyarat menerima panggilan dari Din masih dalam talian.
”Hello Din? Hello?”
”Ya.. abang masih disini dik.” akhirnya Din bersuara.
”Dahla Din... kalau betul la ko masih sayangkan Wani, berjuang untuk cinta kamu. Berapa ramai lagi hati perempuan yang kau harus lukai? Please Din... stop it!”
”Iya la dik. Abang akan cuba yang terbaik. Terima kasih yah sebab sudi dengar masalah abang. Kau ndak busy ke ni? Abang ndak ganggu kau ka?”
”It’s okey la Din... you are my brother!” jawabku dengan nada yang gah. Ntah ya ntah tidak aku menganggapnya sebagai abang selama ini.Gerutu hatiku Aku juga tidak pernah memanggil dia ’abang’ dikhalayak ramai. Ah! Biarlah... nak senangkan hati orang kadang-kala perlu berhipokrit sedikit!
“Okey la dik. Abang mau solat isyak dulu. Kau sudah solat ka?”
”Aku....ehem...biasalah. Perempuan.. bila ’bulan mengambang’ maknanya holiday la kan...?” dengan selamba aku berterus-terang. Alah, pasal benda-benda seperti ini aku tidak pernah berasa malu berterus-terang dengan lelaki tambahan pula dengan Din. Orang yang telah lama aku kenal sejak di bangku sekolah.
”Oooh... takpa...jangan tinggal solat sebab lain jak sudah.”
”Yes bos!”
”K, dik. Bye...Assalamualaikum.”
”Waalaikumsalam.Daa.”
Perbualan kami mati disitu. Aku menggelengkan kepala. Entah apa pula la masalah Din kali ni. Mungkin perangai romeo nya yang buat Wani sakit hati kot. Yelah, hati siapa yang tidak sakit bila perangai kekasih macam tu kan.
Aku ingin sekali bertanya pada Wani tentang masalah mereka tapi aku dengan Wani tidak begitu rapat. Nak keluar sepatah kata pun aku tak dapat nak luah. Aku sendiri tidak tahu apa yang menjadi punca hubungan kami seperti itu.
Aku cuba untuk rapatkan hubungan kami tapi mungkin dari semulajadinya lagi aku lebih senang kalau orang lain yang mulakan persahabatan denganku, bukan aku yang mula.
”Dah sampai kat mane cik kak?” sergahan Nadie mematikan lamunanku.Ntah kenapa perkara itu yang terlintas dikepalaku sebaik terpandang Wani yang leka menyiapkan project group bersama kami. Kenangan semester satu itu masih segar dibenakku. ”Tengok korang, Yul buat ape?” omel Nadie mengadu.”Lain yang aku suruh, lain pulak yang ko buat. Aku suruh ko cari maklumat kat web tu pasal project kita nie. Bukan suruh ko duk mengelamun.” panjang pula leterannya. Ringan pulak rasanya jari-jemariku ni. Cool yulie...cool...Nadie tu kan memang poyo sikit. Pujukku pada diri.
”Weh...aku buatla... ni nak dapatkan bahan kat web nie kau tau la kan bukannya ambik masa kejap. Aku tunggu dia running nie lama giler. Daripada aku duk tercanguk tengok benda nie tak gerak apa-apa pun, baik aku mengelamun. Lagipun mengelamun tu kan salah satu daripada hobi aku.” aku menjuihkan bibir.
”Weh, korang. Kejap lagi kita pi makan nak? Aku lapar la...” Zaza mencelah.
”Ar... kalau bab tu aku nak. Aku mati akal sudah buat project kita nie. Rasanya sebab perut aku kosong la kot.” laju jer si Fitri ni menyahut.
”Please la Fitri... ko ni kan badan kecik tapi bab makan, aku tak tau kat mana kau simpan.” sampuk Nadie.” Tengok Yul, kalau bab makan nie dialah yang paling tak masuk campur.” tambahnya lagi.
Aku hanya mendengar celoteh Nadie. Tak terangkat pun dengan pujianya.
”Eh jomla... aku pun dah lapar nie” Mira mula mengemas pen dan buku-buku yang berselerak di atas meja.
”Dah jom!” Wani bingkas bangun menuruti tingkah Mira. Dan kami beredar menuju ke cafe yang berhampiran untuk mengisi perut.
”Girls, korang pegi dulu la ye... aku ada hal sikit la.” mesej yang ku terima menerusi telefon bimbit memaksa aku mengubah perancangan.
”Alah Yul... tak best la macam nie… kalau ko takda tak meriah la.” Mira menarik narik lengan baju kurung yang ku pakai tanda memprotes.
”Serius. Aku ada hal sikit. Korang pegi dulu nanti aku follow-up. Just order makanan untuk aku k?” jelasku.
Aku terus bergegas menuju ke foyer library dimana Din sedang menungguku disitu. Mesej yang dikirim olehnya agak pelik dan nyata sekali ada hal yang terlalu penting untuk dibicarakan kepada ku.
”aslmkum...dik, ko katne? Bleh dtg jmpa abg di foyer ka skrg? Ada hal pnting ttg Wani yg abg mau ckp dgn ko... tolong yah? Skrg…”
Wani? Aku tertanya-tanya apakah yang bakal Din beritahu kepadaku. Perjalanan dari Lego menuju ke foyer terasa amat perlahan sedangkan aku sudah tidak sabar mendapatkan jawapan untuk satu persoalan yang menyeksa akalku. Adakah Din ingin memutuskan hubungannya dengan Wani sekali lagi? Oh tidak! Aku tidak mahu itu berlaku. Cukup sekali aku melihat Wani dilukai. Tidak mungkin aku akan dapat memaafkan Din jika itu yang berlaku.
Lagipun mustahil juga, sebab aku tengok diorang bahagia jer semenjak dua menjak nie. Takde pun petanda diorang di amuk ’perang teluk’. Aku berteka-teki sendiri.
Aku mencari-cari kelibat Din dalam ramai. Ah! Sial. Aku lupa memakai cermin mataku. Terasa malas pula hendak mengeluarkannya dari beg galas kerana aku ingin cepat menemukan Din.
”Dik! Abang sini la...” kelibat Din muncul dari belakang ku.
”Ar Din... ada apa hal ko panggil aku kesini? Penting ka?” aku segera bertanya sambil memerhatikan satu sampul coklat yang dipegang ditangannya.
Wajah Din berubah suram. Dia mengajak aku mengambil tempat duduk yang banyak disediakan di foyer perpustakaan itu sebelum dia mahu menjawab soalanku tadi.
”Nie... ko baca la.” Din menghulurkan sampul coklat yang dipegangnya sejak tadi. Tanpa banyak bicara, aku menuruti katanya. Aku membuka sampul tersebut dan membaca beberapa helai kertas yang terkandung didalamnya.
”Ya Allah! Din! Betulkah nie?” aku terkedu setelah selesai membaca laporan kesihatan yang diberikan Din tadi.
Din mengangguk perlahan. Matanya berair jernih.
”Apa yang kita nak buat sekarang?” tanyaku segera.
Din hanya menjungkit bahu sambil matanya merenung ke lantai. Aku rimas disituasi itu.
”Perlukah Wani tahu hal ni Din? Jawablah Din. Jangan diam macam ni.” suaraku mendesak Din agar memberikan respon terhadap pertanyaanku.
”Lambat-laun dia mesti akan tahu jugak sebab hal ni memang bersangkut-paut dengan dia. Cuma abang tak tahu macam mana nak berdepan dengan dia sekarang.” suara Din sebak. Pertama kali aku melihat ada kesedihan diraut wajahnya.
”So, apa kita nak buat sekarang?” tanyaku cemas.

**********

0 comments:

Followers