Powered By Blogger

cuteComel

My photo
tawauKuantan, sabahPahang, Malaysia
TRUE friendship is not just sharing to show that you're caring... it's mean something more than that... No need to say, no need to show… just close your eyes and she will in your mind… Coz she have thougt you the TRUE meaning...

Sunday, September 6, 2009

diri kita dalam berkawan

Buka puasa dengan Ija dan Kak Long. Seperti biasa and seperti Ramadhan yang lepas. Kak Long cakap ‘time bulan Ramadhan macam nie baru yulie datang lepak bilik kami. Kalau tak, asyik busy dengan JPMK jer…’ . Aku just diam. And tetibe Kak Long luahkan perasaan dia. About friends. Tak sedap rasanya nak mention kat sini coz takut akan jadi isu. Tapi cukuplah jika aku kata, aku turut meluahkan pendapat. And Ija said ‘ Ija tau prinsip kak yulie, berkawan biar ramai tapi limit kan pergaulan…’. Well Ija, maybe you’re rite. Coz dengan cara macam tue, kita akan dapat elakkan sedikit sebanyak dari melukakan dan dilukakan.

Pada aku tidak salah untuk cloze dengan certain member. Kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar macam mana tetiba kita kamcing dengan orang tue. Dengan mudah kita berkongsi cerita. Dengan mudah kita faham dia. Itulah yang dinamakan fasa penerimaan. Dimana kita sudah mulai menerima dan meletakkan kepercayaan terhadap orang itu yang mana tidak diberikan kepada semua orang. Bukankah itu tandanya keserasian? Pada aku apa gunanya persamaan yang diletakkan sebagai syarat dalam persahabatan jika tidak wujud keselesaan dalam pergaulan? Macam magnet. Bila kutub utara bertemu dengan kutub utara, ia akan saling menolak. Tapi bila kutub utara bertemu dengan kutub selatan, ia dengan mudah akan melekat.

Sebab tu aku kurang setuju bila ada yang cakap ‘kitorang tak bleh masuk. Coz macam langit dengan bumi!’ Tapi bukan kah langit dengan bumi itu saling bergantung?? Think about it.

Dalam apa sahaja perhubungan, kita mencari keserasian dimana kita selesa dalam berkomunikasi.
That’s why I choose guys more than girls. Bukan mitos untuk mengatakan perempuan terlalu mengikut emosi tapi fakta juga ada menyebut tentang itu. Dan aku tidak mengatakan hundred percent girls are too emotional. Maybe aku juga tidak lari dari lahiriah seorang perempuan yang berhati sensitive. Jadi terkadang aku tewas dengan emosi. Dan aku perlu masa untuk menilai kembali dengan akal waras ku.

Apa yang aku harapkan hanyalah satu pengertian untuk aku merasa diterima. Sebab aku tidak mampu menjadi yang sempurna jika itu adalah syarat utama dalam sebuah persahabatan.

So, to Kak Long. Saya nampak kesabaran Kak Long sedaya upaya cuba menjaga hati semua orang supaya tiada yang terluka dan tidak ada yang rasa tersisih. Macam yang saya pernah cakap, kadang-kadang kita perlu buat pilihan samada nak jaga perasaan orang lain atau puaskan hati sendiri. Just pilih untuk buat benda yang betul.
Bukan sehari dua yang diperlukan untuk membuat orang faham apa yang kita rasa. Bahkan, setahun dua juga belum tentu mampu membuat mereka mengerti. Tapi kalau sayang kena sabar. And doesn’t mean, kita tidak menjadi sebahagian, bermakna kita tersingkir atau menyingkir. Berikan space. Untuk diri sendiri dan individu yang terlibat. Jika mereka inginkan apa yang kita harapkan, percayalah yang mereka juga akan cuba fikirkan yang terbaik untuk terus memperkukuh ukhuwah. Namun jika mereka mengambil keputusan untuk melepaskan dan tinggalkan, jangan rebah kerana rasa kecewa. Percayalah bahawa jika Tuhan tidak memakbulkan doa kita, beerti Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Memang perit sebuah kenyataan yang terlukis tidak mengikut lakaran mimpi. Memang sakit untuk belajar mengerti sesuatu yang kita tidak mahu terima. Dan sangat derita bila kita melaluinya dalam sendiri.
Just fikir, berbaloikah untuk bersedih dan berduka lara??? Yes, bibir mudah menyebut sabar. Tapi aku tidak akan mampu menulis seperti ini jika aku sendiri tidak pernah melaluinya. Pengalaman demi pengalaman. Pengajaran demi pengajaran yang tersimpan dalam lipatan kenangan. Membuat aku tumbuh sebagai seorang insan yang semakin mengerti hidup ini. Hidup aku. Hidup kita.

Tuhan takkan uji kalau kita tak mampu. Menjauh bukan beerti kita membuang. Senyap bukan beerti kita lupa. Dan pergi bukan beerti kita dah tak sayang. Setiap orang ada persepsi yang tersendiri dalam menilai dan berteka teki. Tapi teka teki hati kita siapa yang mampu menafsirnya?
Bukan laut jika airnya tak berombak dan bergelora. Bukan awan jika langitnya tak mendung dan hujan. Dan aku bukan SAHABAT jika hati ini tak rindu dan sayang.

0 comments:

Followers