Tak mungkin terlafaz dengan kata
Tak mungkin ternyanyi dengan lagu
Tak mungkin tersusun dengan nada
Tak mungkin teralun dengan irama
Kerana kau dan aku tahu…
Yang keruh bertambah rapuh.
Ku biarkan pena ini menulis dan terus menulis
Luahan segala hati ku
Kubiarkan mereka membaca dan terus membaca
Dendangan gelora rasa
Walau ku tak tahu siapa mereka
Tapi aku puas ada yang mendengar
Tak mungkin aku mampu menahan hiba
Melihat kau berlalu pergi
Walau telah sehabis daya aku mencuba
Memberi kau seribu pengertian
dan
dihujungnya ku harap ada kemaafan
Berikan aku kekuatan untuk turut berlalu
Meninggalkan kenangan yang merantai ingatan
Berikan aku kekuatan agar mampu ku mengerti
Semua yang terjadi sudah ketentuan Ilahi
Kerana
Camar yang hilang tak mahu pulang…
0 comments:
Post a Comment