Powered By Blogger

cuteComel

My photo
tawauKuantan, sabahPahang, Malaysia
TRUE friendship is not just sharing to show that you're caring... it's mean something more than that... No need to say, no need to show… just close your eyes and she will in your mind… Coz she have thougt you the TRUE meaning...

Friday, July 31, 2009

camar yang hilang

Tak mungkin terlafaz dengan kata

Tak mungkin ternyanyi dengan lagu

Tak mungkin tersusun dengan nada

Tak mungkin teralun dengan irama

Kerana kau dan aku tahu…

Yang keruh bertambah rapuh.

Ku biarkan pena ini menulis dan terus menulis

Luahan segala hati ku

Kubiarkan mereka membaca dan terus membaca

Dendangan gelora rasa

Walau ku tak tahu siapa mereka

Tapi aku puas ada yang mendengar

Tak mungkin aku mampu menahan hiba

Melihat kau berlalu pergi

Walau telah sehabis daya aku mencuba

Memberi kau seribu pengertian

dan

dihujungnya ku harap ada kemaafan

Berikan aku kekuatan untuk turut berlalu

Meninggalkan kenangan yang merantai ingatan

Berikan aku kekuatan agar mampu ku mengerti

Semua yang terjadi sudah ketentuan Ilahi

Kerana

Camar yang hilang tak mahu pulang…

Zetty & Lian (part 3)

And Lian tanye lagi. “Ar, turn kau plak story kat aku nape muka kau pressure tadi?” Time tue aku rasa aku malas dah nak crita. So aku cakapla “Takda papela”. Lian tak puas hati. Dia buat muka. Then aku pun cakap “Bukan aku taknak story tapi budak nie ada kat sini” time tu aku jeling Zetty yang tengah baring kat kerusi dekat tempat aku ngan Lian lepak. Zetty pun perasan and dia terus bangun “Owh…takpela. Aku balik dulu ar…” aku cepat-cepat tarik tangan Zetty. Zetty plak jual mahal. Saje bekeras dengan aku. Masa tue aku genggam lengan kiri dia. Time tue dia pakai jam and gelang manik mutiara. So aku pun cakap “ Wei, dahla jangan merajuk. Aku main-main jer. Jom duduk balik” Zetty still taknak mengalah. Pastu aku cakap “Cepatla nanti gelang kau ni putus nanti kang” .Tup-tup yang putus bukannya gelang dia tapi jam dia yang color biru tue. Cuak aku time tue. Then aku tanya sapa yang bagi jam nie. Aku tanya “Boyfriend kau ker?” Zetty geleng and cakap “Takla. Ayah aku”. Terus aku say sorry and janji nak baiki jam tue. Zetty cakap takpela. Dia cakap dah takdir jam tu nak rosak time tu lagipun jam tu dah lama. Aku bekeras gak nak keep jam tu and nak baiki jam tue after aku setelkan dompet aku yang hilang. Zetty tetap nak aku serahkan balik jam tue. Kelopak mata dia berair. Aku tambah rasa bersalah and mintak maaf sangat-sangat. Time tu aku sendiri tak sedar yang aku tengah sedih. Aku pun tak tau knape.

Tiba-tiba Zetty cakap “Kau story dulu nape kau pressure. Aku tengok muka kau tak ok malam nie” then aku cakap “Takda ape-ape. Just rasa besalah sebab dah rosakkan jam yang ayah kau bagi nie” . Zetty jawab “Argh, tak payah la kau risau pasal jam tue, aku ada banyak lagi jam tangan lain.” And aku balas lagi “No. jam nie ayah kau yang bagi so bagi aku chance untuk bertanggungjawab. Just bagi aku time untuk setelkan masalah dompet aku dulu” Masa tue aku tak sedar mata aku berair. Pelik. Aku try cover seboleh-bolehnye. Sebab aku rasa aku tak pernah lagi tunjuk aku nangis depan member aku sebelum nie. Memang pelik perasaan aku time tue.

pantun JPMDPP SME Bank

Assalamualaikum pemula bicara,
Santun bahasa tersusunlah kata,
Ini cerita yang tiada tara,
Ahli JPMDPP SME Bank kita.

Kita mulakan dengan presiden,
Noor Faiza Asmon nama diberi,
Elok perangai tak banyak action,
Berasal dari Kota Tinggi.

Duduk kat Baling study kat hutan,
Timbalan presiden dia punya peranan,
Penuh dedikasi adik-adik dilayan,
Hidayah Mdshukri si anak perawan.

Naib presiden dia punya jawatan,
Lembut bicara tak banyak tegur
Bakal presiden dimasa depan,
Nur Suraya Amir dari Selangor.

Budak kaunseling asal Kelantan,
Pergi ke kelas naik kereta,
Setiausaha kami yang banyak tanggungan,
Shella Suhana tak banyak kata.

Timbalan Shella single statusnya,
Nur Afni Aripin student Pelancongan,
Komited dalam setiap tugasnya,
Dipandang boleh dipikat jangan.

Anak kacukan Cina dan India,
Ong Swee Lian yang elok rupanya,
PKK jawatan si budak Melaka,
Jangan tak tau dia sudah berpunya.

Dari Ranau berbangsa Dusun,
Exco BKK tak rasa terbeban,
Pelbagai tarian kreatif disusun,
Hasnie Falina pemilik gerangan.

Daerah Kuantan negeri Pahang,
Warna Biru jadi kesukaan,
Timbalan Kak Fiena bukan calang-calang,
Nor’ Inzzati yang tak suka tarian.

Jennyfah Justin nama diberi,
Exco BIP baru jer naik pangkat,
Tak lokek orangnya suka memberi,
Ayat hiperbola buat kami teringat-ingat.

Intan Syufinaz tak suka melawan,
Rumahnya kat Jitra negeri Kedah,
Exco BLA yang banyak pengalaman,
Suka ketawa tak bleh blah.

Lain kisahnya dengan Nur Fakhira,
Kecil orangnya dan gila-gila kelakuan,
Suka membantu tak pernah berkira,
Itulah kisah Tmbalan si Intan.

Hajjarul Nabilla berkaca mata,
Exco BKP dia punya posisi,
Buat kerja tak banyak kata,
Sensitif orangnya penuh dedikasi.

Kisah seterusnya tentang si dia,
Mugiliswary suka bergurau,
Manis orangnya si anak India,
Timbalan si Nabil yang buat orang angau.

Bola Jaring dia punya kegemaran,
Duduk kat Perak asal kat Kedah,
Exco BSR jadi bebanan,
Emelia Zamuddin tak suka melatah.

Semak dan belukar semua diredah,
Lasak orangnya halus jiwanya,
Siapa lagi kalau bukan si Nur Athyrah,
Timbalan si Amy yang belum berpunya.

Juwita Qadarsi dari Palembang,
Baru naik pangkat tak ada timbalan,
Exco BPKS yang suka menyembang,
Sentiasa senyum bila berjalan.

Perasan cute suka berangan,
Maklumlah jawatan Exco Keusahawanan,
Yulie Nurafnie penuh gurauan,
Kerja keras tak harap pujian.

Timbalan si Yulie manis dimata,
Asal dari negeri Sembilan,
Sopan bahasa tutur dan kata,
Norhazliza haniff empunya badan.

Sekali pandang ku sangka cina,
Dua kali pandang oh rupanya si ika,
Exco BPKOM sengal budaknya,
Nama penuhnya Siti Zulaikha.

Comel mukanya bila ketawa,
Timbalan si Ika yang banyak jasa,
Nama kat ic Nurul Nadia,
Walau dikritik tapi tetap setia.

Sekian dulu puisi ku madah,
Panjang umur ku sambung cerita,
Kalau tak suka jangan la marah,
Siapa yang suruh gatal nak baca?

Thursday, July 30, 2009

Zetty & Lian (part 2)

Tak habis kat situ, dalam tengah mesej pun kitorang boleh sakat-menyakat gak. Kadang-kadang aku tegelak sorang-sorang time tengah mesej dengan Zetty nie. Sampai satu masa tue, time tengok muka dia pun aku akan automatic gelak.

Then ada satu malam tu masa tengah mid sem paper database, dompet aku ntah macam mana ntah bleh tercicir. Then malam tue aku risau gak sebab sume benda penting ada kat dalam dompet tu. Ic, kad matrix, duit….perghh! time tu gak member rapat aku buat aku bengang. Sedih giler-giler aku. Tapi yelah, aku stay cool. Siap boleh mention dompet hilang dengan muka tak bedosa nya…. Cuma aku bad mood dengan member aku tue jer. Time tue Lian ada tanya aku ok ker tak. Then aku cakap ok. Pastu dia cakap lagi, “Macam tak ok jer…” . Pastu, aku cakap.. “Nanti aku story” sebab time tu aku nak meting dengan budak biro aku. And aku tengok plak tangan Lian berbalut. Aku pun tanya “Nape tangan kau nie?”. Dia balas balik “Nanti aku story” sebab time tu pun dia nak p meeting pasal majlis pemasyuran SME.

Lepas meting dengan budak biro aku, aku pun turun kat bilik JPMDPP bawah. Aku tengok Zetty ada kat situ. Try ar nak hilangkan tension dengan dia. Masa tue aku tengok dia tengah baca majalah REMAJA. Aku dengan rasa tak bersalahnye p rampas majalah tue. Zetty pandang aku dengan muka tak puas hati. Aku plak buat dono sambil cakap “Aku nak baca….”. Zetty pun biar je la. Agaknye dia malas nak layan. Then dia tanya aku “Nape kol tanye pasal bas number 5 tadi?” aku jawab “Takde pape la” time tu aku malas nak crita. Aku kol Zetty sebelum tu sebab suspek dompet aku tercicir kat dalam bas tue, so kot la bas tu tengah paking kat kolej blehla suh Zetty try tanye pakcik bas tue. Tapi Zetty cakap takde bas pun tengah paking time tue.

“Kalau takde pape takkan la kau kol” Zetty sambung lagi. Aku just diam. Buat macam tak dengar and sambung baca majalah tue. Lama lepas tu baru aku cakap…..dengan nada selamba poyonye…”Dompet aku hilang….” Muka Zetty tak terkejut langsung. Aku guess dia tak pecaye coz mesti dia ingat aku just main-main. “Kau tak pecaye eh?”

Dengan muka tak besalahnye jugak dia jawab “Pecaye.” Aku pelik gak dengan respon dia tue. “Macam mane bleh hilang?” dia tanye lagi. Aku pun story kejadian tue…and tak lama pas tu, Lian datang. Lian pun tanye benda yang sama. And aku pun crita la balik. Then, aku tanya pasal tangan dia yang berbalut tue. Dia pun crita la yang dia jatuh motor time nak p tukar duit matawang asing sebab dorang nak p Hatyai keesokannya. Kesian gak aku tengok si Lian time tue.

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Mak.....
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia......
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai......
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.

Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta.....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter....
Mak......
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...

di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini......
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... ..
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan.. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....

anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata...." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan...
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil


Followers