Powered By Blogger

cuteComel

My photo
tawauKuantan, sabahPahang, Malaysia
TRUE friendship is not just sharing to show that you're caring... it's mean something more than that... No need to say, no need to show… just close your eyes and she will in your mind… Coz she have thougt you the TRUE meaning...

Monday, September 28, 2009

indrani 2 (part 2)

”Hello dik? Ko buat apa?” terasa pelik soalan yang diajukan Din.
”Ar? Aku ndakda buat apa...saja jak belek-belek buku nie. Napa Din? Ko ada masalah ka?”
”Abang bad mood la...” suara Din kelihatan moody.
”Kenapa? Gaduh dengan Wani ka?” tanyaku segera.
”A’ah... ntahla dia tu. Dia macam ndak fahamla keadaan abang.”
”Ndak faham macam mana tu? Cuba story sikit.” Pintaku. “Apa yang ko dah buat kat dia?” sambungku lagi.
”Ndak mau la story... bikin hati ku panas jak.” suara Din semakin tegang. Aku tahu perangai buruknya itu. Bila marah, dia tidak mahu orang banyak soal. Nanti tak pasal-pasal kena ayat-ayat berbisa dia sekali.
”Fine.. takyah la story. But ingat...Hamka pernah kata dalam sebuah novelnya, Cinta itu pasti teruji. So fight for that.!” aku cuba memberikan semangat pada Din.
“Look Din, aku memang tak rapat dengan Wani macam mana Zaza dengan Mira rapat dengan dia but honestly aku gembira bila kau couple dengan dia walaupun ada mulut jahat yang kata perangai Wani tu bukannya elok sangat. Aku tak pernah percaya sebab tak adil rasanya aku menilai Wani hanya kerana mendengar dari sebelah pihak sahaja.
And please buktikan pada aku yang Wani adalah cinta terakhir kau. Aku ingin sekali mendengar itu. Aku boleh terima kalau kau tak boleh buang tabiat merokok kau but ini soal lain. This is about love!
Kita mungkin akan dapat memberi tanpa menyintai tapi kita takkan sesekali dapat mencintai tanpa memberi.” Fuh! Panjang juga ceramahku. Siap dengan nada ala-ala berfalsafah gitu! Perliku pada diri sendiri.
Suara Din tidak kedengaran lalu aku melihat pada handphone ditanganku yang ku letak dicuping telinga sejak tadi. Ku perhatikan isyarat menerima panggilan dari Din masih dalam talian.
”Hello Din? Hello?”
”Ya.. abang masih disini dik.” akhirnya Din bersuara.
”Dahla Din... kalau betul la ko masih sayangkan Wani, berjuang untuk cinta kamu. Berapa ramai lagi hati perempuan yang kau harus lukai? Please Din... stop it!”
”Iya la dik. Abang akan cuba yang terbaik. Terima kasih yah sebab sudi dengar masalah abang. Kau ndak busy ke ni? Abang ndak ganggu kau ka?”
”It’s okey la Din... you are my brother!” jawabku dengan nada yang gah. Ntah ya ntah tidak aku menganggapnya sebagai abang selama ini.Gerutu hatiku Aku juga tidak pernah memanggil dia ’abang’ dikhalayak ramai. Ah! Biarlah... nak senangkan hati orang kadang-kala perlu berhipokrit sedikit!
“Okey la dik. Abang mau solat isyak dulu. Kau sudah solat ka?”
”Aku....ehem...biasalah. Perempuan.. bila ’bulan mengambang’ maknanya holiday la kan...?” dengan selamba aku berterus-terang. Alah, pasal benda-benda seperti ini aku tidak pernah berasa malu berterus-terang dengan lelaki tambahan pula dengan Din. Orang yang telah lama aku kenal sejak di bangku sekolah.
”Oooh... takpa...jangan tinggal solat sebab lain jak sudah.”
”Yes bos!”
”K, dik. Bye...Assalamualaikum.”
”Waalaikumsalam.Daa.”
Perbualan kami mati disitu. Aku menggelengkan kepala. Entah apa pula la masalah Din kali ni. Mungkin perangai romeo nya yang buat Wani sakit hati kot. Yelah, hati siapa yang tidak sakit bila perangai kekasih macam tu kan.
Aku ingin sekali bertanya pada Wani tentang masalah mereka tapi aku dengan Wani tidak begitu rapat. Nak keluar sepatah kata pun aku tak dapat nak luah. Aku sendiri tidak tahu apa yang menjadi punca hubungan kami seperti itu.
Aku cuba untuk rapatkan hubungan kami tapi mungkin dari semulajadinya lagi aku lebih senang kalau orang lain yang mulakan persahabatan denganku, bukan aku yang mula.
”Dah sampai kat mane cik kak?” sergahan Nadie mematikan lamunanku.Ntah kenapa perkara itu yang terlintas dikepalaku sebaik terpandang Wani yang leka menyiapkan project group bersama kami. Kenangan semester satu itu masih segar dibenakku. ”Tengok korang, Yul buat ape?” omel Nadie mengadu.”Lain yang aku suruh, lain pulak yang ko buat. Aku suruh ko cari maklumat kat web tu pasal project kita nie. Bukan suruh ko duk mengelamun.” panjang pula leterannya. Ringan pulak rasanya jari-jemariku ni. Cool yulie...cool...Nadie tu kan memang poyo sikit. Pujukku pada diri.
”Weh...aku buatla... ni nak dapatkan bahan kat web nie kau tau la kan bukannya ambik masa kejap. Aku tunggu dia running nie lama giler. Daripada aku duk tercanguk tengok benda nie tak gerak apa-apa pun, baik aku mengelamun. Lagipun mengelamun tu kan salah satu daripada hobi aku.” aku menjuihkan bibir.
”Weh, korang. Kejap lagi kita pi makan nak? Aku lapar la...” Zaza mencelah.
”Ar... kalau bab tu aku nak. Aku mati akal sudah buat project kita nie. Rasanya sebab perut aku kosong la kot.” laju jer si Fitri ni menyahut.
”Please la Fitri... ko ni kan badan kecik tapi bab makan, aku tak tau kat mana kau simpan.” sampuk Nadie.” Tengok Yul, kalau bab makan nie dialah yang paling tak masuk campur.” tambahnya lagi.
Aku hanya mendengar celoteh Nadie. Tak terangkat pun dengan pujianya.
”Eh jomla... aku pun dah lapar nie” Mira mula mengemas pen dan buku-buku yang berselerak di atas meja.
”Dah jom!” Wani bingkas bangun menuruti tingkah Mira. Dan kami beredar menuju ke cafe yang berhampiran untuk mengisi perut.
”Girls, korang pegi dulu la ye... aku ada hal sikit la.” mesej yang ku terima menerusi telefon bimbit memaksa aku mengubah perancangan.
”Alah Yul... tak best la macam nie… kalau ko takda tak meriah la.” Mira menarik narik lengan baju kurung yang ku pakai tanda memprotes.
”Serius. Aku ada hal sikit. Korang pegi dulu nanti aku follow-up. Just order makanan untuk aku k?” jelasku.
Aku terus bergegas menuju ke foyer library dimana Din sedang menungguku disitu. Mesej yang dikirim olehnya agak pelik dan nyata sekali ada hal yang terlalu penting untuk dibicarakan kepada ku.
”aslmkum...dik, ko katne? Bleh dtg jmpa abg di foyer ka skrg? Ada hal pnting ttg Wani yg abg mau ckp dgn ko... tolong yah? Skrg…”
Wani? Aku tertanya-tanya apakah yang bakal Din beritahu kepadaku. Perjalanan dari Lego menuju ke foyer terasa amat perlahan sedangkan aku sudah tidak sabar mendapatkan jawapan untuk satu persoalan yang menyeksa akalku. Adakah Din ingin memutuskan hubungannya dengan Wani sekali lagi? Oh tidak! Aku tidak mahu itu berlaku. Cukup sekali aku melihat Wani dilukai. Tidak mungkin aku akan dapat memaafkan Din jika itu yang berlaku.
Lagipun mustahil juga, sebab aku tengok diorang bahagia jer semenjak dua menjak nie. Takde pun petanda diorang di amuk ’perang teluk’. Aku berteka-teki sendiri.
Aku mencari-cari kelibat Din dalam ramai. Ah! Sial. Aku lupa memakai cermin mataku. Terasa malas pula hendak mengeluarkannya dari beg galas kerana aku ingin cepat menemukan Din.
”Dik! Abang sini la...” kelibat Din muncul dari belakang ku.
”Ar Din... ada apa hal ko panggil aku kesini? Penting ka?” aku segera bertanya sambil memerhatikan satu sampul coklat yang dipegang ditangannya.
Wajah Din berubah suram. Dia mengajak aku mengambil tempat duduk yang banyak disediakan di foyer perpustakaan itu sebelum dia mahu menjawab soalanku tadi.
”Nie... ko baca la.” Din menghulurkan sampul coklat yang dipegangnya sejak tadi. Tanpa banyak bicara, aku menuruti katanya. Aku membuka sampul tersebut dan membaca beberapa helai kertas yang terkandung didalamnya.
”Ya Allah! Din! Betulkah nie?” aku terkedu setelah selesai membaca laporan kesihatan yang diberikan Din tadi.
Din mengangguk perlahan. Matanya berair jernih.
”Apa yang kita nak buat sekarang?” tanyaku segera.
Din hanya menjungkit bahu sambil matanya merenung ke lantai. Aku rimas disituasi itu.
”Perlukah Wani tahu hal ni Din? Jawablah Din. Jangan diam macam ni.” suaraku mendesak Din agar memberikan respon terhadap pertanyaanku.
”Lambat-laun dia mesti akan tahu jugak sebab hal ni memang bersangkut-paut dengan dia. Cuma abang tak tahu macam mana nak berdepan dengan dia sekarang.” suara Din sebak. Pertama kali aku melihat ada kesedihan diraut wajahnya.
”So, apa kita nak buat sekarang?” tanyaku cemas.

**********

Sunday, September 27, 2009

indrani 2 (part 1)

“Moorning girls…!!!” Ketibaanku disambut ratapan mata sang teman.
“Pagi yul... Lambat ko sampai hari nie... bukan ker ko nie on-time person? Aku ingat ko tak jadi datang tadi.” sindir Nadie sambil matanya khuysuk menatap labtop.
“Ala Nadie… macam ko baru kenal aku sehari dua. Aku ada hal sikit tadi. Last minute punya hal. Aku ingatkan kejap jer tapi tetiba plak tak sedar masa berjalan. Maaf ye kawan-kawan...” aku tersengih seperti kerang busuk. Timbul juga rasa bersalah kerana membiarkan kawan-kawan terpaksa menungguku lama.
”Banyak la ko punya maaf... Aku tak kira, lepas ni ko kena belanja aku makan ais krim.”
Alahai tetiba plak si Mira ni bersuara.
”Ape hal plak? Aku baru lewat berapa minit jer nie... selama nie aku tunggu korang bagai nak rak bila time kita training futsal, ade aku mintak korang belanja aku? Takde kan? Kan? Kan? Kan?”
”Memang la ko tak mintak kitorang belanja tapi bila dah start main, ko buat ape? Ha! ko buat ape? Ko sepak bola futsal tu giler-giler sampai badan kitorang naik lebam kan?” Zaza plak menyampuk dah....
”Eh.. nasib korang la... alasan lambat tak boleh pakai...” aku tetap tegar membela diri.
Akhirnya, mereka kematian ayat untuk membidas. Siapa yang tak kenal Yulie? Yulie yang tak sah kalau tak bidas apa saja yang tak kena mengikut akal fikirannya.
”Sudah... sudah... aku datang sini bukan mau tengok korang bergaduh... kita datang sini mau discus pasal assignment kan? So, jangan buang masa. Kita start sekarang! Aku banyak benda lagi mau buat lepas nie.”
”Ha.. tu la korang! Kan Mak Fitri dah marah dah...” Nadie cuba mengusik Fitri.
”Ape hal aku plak? Korang ar... aku lambat sikit pun nak kecoh.. tengok Wani, tak kate ape pun...” aku mengalih pandangan pada Wani yang langsung tak beri komen apa-apa dalam perbualan kami sejak tadi. Dia leka menekan punat telefon bimbitnya.Mesti tengah mesej dengan Din nie.Desis hatiku. Mendengar namanya kusebut, dia mengangkat wajah.
”Aku nie kan budak baik...bersopan santun.... cantik... tinggi.... putih...tak suka cakap kasar macam korang nie...”
Aduhai...poyonya ayatmu Wani.
”Hek eleh...iye la sangat... ker ko bagi muka kat adik ipar ko nie?” sampuk Zaza.
”Kalau ye pun, kenape? Ko jealous erk Za?” usik ku. “Tu la Wani.. lain kali tak yah la backing aku... kan dah ada orang cemburu...” sengaja aku memuncungkan bibir ke arah Zaza.
”Ish... tak kuasa aku nak jealous ngan ko weh...”
”Ah... dah...dah... aku ayat sikit korang dah lebih-lebih plak erk?” Pintas Wani cuba mendamaikan suasana.
”Ok la girls... kakak ipar I dah marah nie... so kita start la erk...?”
”Poyonye ayat ko Yul...” celah Nadie lagi sedang aku dan Wani bersantikie.
Dan begitu la hari-hari ku berlalu. Ceria dan meriah dengan usikan. Bagiku usik-mengusik itu membawa bahagia. Kadang kala aku berasa moody tapi bila bertemu mereka, hatiku beralih ceria.

**********

another collection


Kalau dulu, aku memilih untuk mempublishkan jurnal aku yang bertajuk ‘Zetty & Lian’ kat blog nie, tapi tak sampai setengah, aku kene stop publish atas sebab yang terpaksa aku rahsiakan. Anyway, aku ada collection lain yang sesuai dipublishkan di blog STUyz87 nie. Still remember makna STUyz87?? Yah, its all about friendship world.

Senang cerita, aku juga menulis cerpen. And cerpen yang ingin dikongsi di blog ini bertajuk ‘INDRANI 2’. Why ada number 2 kat hujung? Coz, cerpen ‘INDRANI 1’, tiada softcopy and aku sendiri telah kehilangan hardcopy cerpen tue.

Watak-watak dalam cerita adalah real cuma karakternya dan jalan cerita telah diubahsuai untuk dijadikan cerita. Hee. Takde la best sangat coz aku bukan crazy writer. But, semoga sudi membaca.

Wednesday, September 16, 2009

dari Adam kepada Yulie tulus kepada yang bernama teman


Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa. Dalam bergurau mungkin terlanjur senda. Dalam memberi janji mungkin ada yang belum dikota. Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa.

Jika ada, kemaafan jualah yang ku pinta… SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Moga raya tahun ini membawa seribu makna.

>yang menyayangi mu.. Adam<

yulie rindu kamu =)


Saturday, September 12, 2009

i can't hear you no more

There’re so many things I couldn’t show to you yet. To prove you. To make you keep trust me. And now, I can’t hear you no more.

Friendship is like a golden thread that binds two hearth. A feeling that keeps growing even when we are far apart. No matter where we are, I want you to know you are a friend I feel…always close to.

A friend is someone who knows the song in my heart and can sing it back to me when I have forgotten the lyrics.

But… I can’t hear you no more…! Can’t hear you no more.

Sunday, September 6, 2009

diri kita dalam berkawan

Buka puasa dengan Ija dan Kak Long. Seperti biasa and seperti Ramadhan yang lepas. Kak Long cakap ‘time bulan Ramadhan macam nie baru yulie datang lepak bilik kami. Kalau tak, asyik busy dengan JPMK jer…’ . Aku just diam. And tetibe Kak Long luahkan perasaan dia. About friends. Tak sedap rasanya nak mention kat sini coz takut akan jadi isu. Tapi cukuplah jika aku kata, aku turut meluahkan pendapat. And Ija said ‘ Ija tau prinsip kak yulie, berkawan biar ramai tapi limit kan pergaulan…’. Well Ija, maybe you’re rite. Coz dengan cara macam tue, kita akan dapat elakkan sedikit sebanyak dari melukakan dan dilukakan.

Pada aku tidak salah untuk cloze dengan certain member. Kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar macam mana tetiba kita kamcing dengan orang tue. Dengan mudah kita berkongsi cerita. Dengan mudah kita faham dia. Itulah yang dinamakan fasa penerimaan. Dimana kita sudah mulai menerima dan meletakkan kepercayaan terhadap orang itu yang mana tidak diberikan kepada semua orang. Bukankah itu tandanya keserasian? Pada aku apa gunanya persamaan yang diletakkan sebagai syarat dalam persahabatan jika tidak wujud keselesaan dalam pergaulan? Macam magnet. Bila kutub utara bertemu dengan kutub utara, ia akan saling menolak. Tapi bila kutub utara bertemu dengan kutub selatan, ia dengan mudah akan melekat.

Sebab tu aku kurang setuju bila ada yang cakap ‘kitorang tak bleh masuk. Coz macam langit dengan bumi!’ Tapi bukan kah langit dengan bumi itu saling bergantung?? Think about it.

Dalam apa sahaja perhubungan, kita mencari keserasian dimana kita selesa dalam berkomunikasi.
That’s why I choose guys more than girls. Bukan mitos untuk mengatakan perempuan terlalu mengikut emosi tapi fakta juga ada menyebut tentang itu. Dan aku tidak mengatakan hundred percent girls are too emotional. Maybe aku juga tidak lari dari lahiriah seorang perempuan yang berhati sensitive. Jadi terkadang aku tewas dengan emosi. Dan aku perlu masa untuk menilai kembali dengan akal waras ku.

Apa yang aku harapkan hanyalah satu pengertian untuk aku merasa diterima. Sebab aku tidak mampu menjadi yang sempurna jika itu adalah syarat utama dalam sebuah persahabatan.

So, to Kak Long. Saya nampak kesabaran Kak Long sedaya upaya cuba menjaga hati semua orang supaya tiada yang terluka dan tidak ada yang rasa tersisih. Macam yang saya pernah cakap, kadang-kadang kita perlu buat pilihan samada nak jaga perasaan orang lain atau puaskan hati sendiri. Just pilih untuk buat benda yang betul.
Bukan sehari dua yang diperlukan untuk membuat orang faham apa yang kita rasa. Bahkan, setahun dua juga belum tentu mampu membuat mereka mengerti. Tapi kalau sayang kena sabar. And doesn’t mean, kita tidak menjadi sebahagian, bermakna kita tersingkir atau menyingkir. Berikan space. Untuk diri sendiri dan individu yang terlibat. Jika mereka inginkan apa yang kita harapkan, percayalah yang mereka juga akan cuba fikirkan yang terbaik untuk terus memperkukuh ukhuwah. Namun jika mereka mengambil keputusan untuk melepaskan dan tinggalkan, jangan rebah kerana rasa kecewa. Percayalah bahawa jika Tuhan tidak memakbulkan doa kita, beerti Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Memang perit sebuah kenyataan yang terlukis tidak mengikut lakaran mimpi. Memang sakit untuk belajar mengerti sesuatu yang kita tidak mahu terima. Dan sangat derita bila kita melaluinya dalam sendiri.
Just fikir, berbaloikah untuk bersedih dan berduka lara??? Yes, bibir mudah menyebut sabar. Tapi aku tidak akan mampu menulis seperti ini jika aku sendiri tidak pernah melaluinya. Pengalaman demi pengalaman. Pengajaran demi pengajaran yang tersimpan dalam lipatan kenangan. Membuat aku tumbuh sebagai seorang insan yang semakin mengerti hidup ini. Hidup aku. Hidup kita.

Tuhan takkan uji kalau kita tak mampu. Menjauh bukan beerti kita membuang. Senyap bukan beerti kita lupa. Dan pergi bukan beerti kita dah tak sayang. Setiap orang ada persepsi yang tersendiri dalam menilai dan berteka teki. Tapi teka teki hati kita siapa yang mampu menafsirnya?
Bukan laut jika airnya tak berombak dan bergelora. Bukan awan jika langitnya tak mendung dan hujan. Dan aku bukan SAHABAT jika hati ini tak rindu dan sayang.

Friday, September 4, 2009

let it be

Yes I did it! Ntah kat mana aku harus mulakan kata. Ntah kat mana tirai cerita ini perlu dibuka. Kenapa yah, sejak akhir-akhir ini aku rasa free. Doesn’t mean takde problem, but aku senang dalam damai begini.Justify Full
Entri ini ditaip pada pukul satu pagi 5 hb September. Setiap kali 5 september, aku teringat tragedi itu. Tragedi yang membuat hati ini sesak. Mata ini basah. Perasaan ini terdera. Akal aku buntu. Sudah 3 tahun. Yah... tiga tahun. Aku bermula dengan zero pada detik 5 september itu. Syukur kepada Tuhan yang memberikan kami kekuatan dan ketabahan. Melalui liku itu selangkah demi selangkah walaupun terpaksa merangkak. Aku… bukan setabah serikandi muslimah. Aku goyah. Aku jatuh. Semuanya masih segar.

Dalam ramai aku memendam sunyi. Dalam meriah aku simpan sepi. Bermainlah aku dengan hati dan bertemanla aku dengan perasaan. Hanya aku.

Mesti bler kan??? Well, teringat kata-kata member aku kat sekolah dulu, ‘kawan dengan yul nie senang masuk tapi susah nak paham. Setiap luahan kata dia mesti ada yang samar dan tak clear and tinggalkan tanda soal’. Kawan aku Qakaq pernah beri gelaran ‘the secretes girl’. Ok. Think as you want.

Kenapa yul jarang disitu lagi???
‘Hye lama tak nampak?’ or ‘mane menghilang? Dah jarang muncul. Tak sihat ker?’. Pertanyaan sebegini menghujani semenjak dua menjak nie. Maybe yes, aku kurang sihat sedikit. Tapi takdelah sampai tak larat nak bangun. Condition aku buat aku rasa kurang selesa disitu.

Lagipun, semester nie, tempat tue dah macam kurang seronok buat aku. Aku mencari jalan yang lain sekarang nie. Jalan dimana aku ingin sendiri. Jalan dimana aku boleh kembali macam yul yang dulu. Jalan dimana aku berhenti berlakon. Teringat kata-kata Dolly, ‘Kamu memang pandai belakon.’ Bukan niat dihati cuma keadaan kadang-kadang memaksa kita menipu persekitaran.

Aku tak kemana-mana pun sebenarnya. Still kat bukit kita yang cantik nie. Cuma banyak buat hal sorang-sorang. Dan segala urusan Biro Keusahawanan pun dijalankan terus kat bilik H107 (bilik kesayangan aku dari sem satu). Hanya urusan yang melibatkan peralatan JPM sahaja yang mampu memaksa aku keluar dari bilik. Bukan merajuk. Bukan berkecil hati. Dan bukan membawa diri. Tapi ini la masanya aku bulatkan tekad. Mencari sinar yang hilang. Mencari ketawaku yang kian hambar. Ingat lagi kata-kata aku? Aku mahu aku. Hanya aku tanpa watakmu.

Seribu kemaafan mungkin terluah dari mulut manis kita dengan mudah. Dengan hati yang rendah. Namun, jika kita terus dan terus melukis kesilapan tanpa diwarnai dengan pembetulan, maka kesilapan jua la yang mencorakkan. Dan jika hati sudah tidak menerima, siapa la aku untuk terus menghulur…? Dan jika keegoan merantai akal waras kita, apa lagi gunanya seribu pujuk rayu? Dan bila kenangan yang dicipta hanya untuk ditinggalkan sebagai masa silam, tiada daya lagi untuk aku terus mengingatkan.

Time keep running, people keep changing and memory keep going.

Kita ada seribu teman. Tapi seribu teman bukan bermakna ada seribu jaminan untuk kau terlepas dari tangisan kesakitan.

Dan aku tidak mampu bersuara lagi. Tidak mampu melihat lagi. some one said ‘Past is past. Let it be. Let it go.’ Come on yul… be strong. Keep strong.

Terlalu susah sebenarnya untuk buat orang faham. Terlalu sakit untuk meniti fasa dimana kita perlu kuat bertahan untuk membuat mereka mengerti. Dan terlalu perit untuk mendengar sesuatu yang tidak benar diperkatakan ramai. Seribu penjelasan belum tentu memberi satu pengertian. Aku mengharap untuk dimengerti sedangkan mereka tidak sudi untuk memahami.

Kesimpulannya… ‘Jika hatimu berasa sedih, serahkan lah semua rasa kesedihan itu kepadaNya. Kerana Dia mendengar lagi maha mengetahui. Sedangkan jika kau membiarkan hatimu runtuh ditimbus rasa kecewa, bererti kau tidak redha menerima ketentuanNya.’

Berikan aku jawapan. Hanya satu jawapan. Bersuara la.

Followers