Powered By Blogger

cuteComel

My photo
tawauKuantan, sabahPahang, Malaysia
TRUE friendship is not just sharing to show that you're caring... it's mean something more than that... No need to say, no need to show… just close your eyes and she will in your mind… Coz she have thougt you the TRUE meaning...

Sunday, October 18, 2009

warkah buat teman



Rasa dah lama tak update blog nie. Busy dengan assignment and aku sendiri rasa macam agak malas nak menulis. Tapi, apa-apa pun aku harap semua readers tidak jemu untuk singgah meninjau blog nie.
So, untuk entri kali nie aku nak share satu lagi collection yang aku pernah buat masa sem dua. Situasi dan keadaan adalah benar cuma ia dirakamkan dalam bentuk tulisan. This is not about you, not about me. This all about us! ;

“Arghh….! Boringnya baca buku nie wei….” Keluhku spontan sambil memandang Mira dan Wani yang juga sibuk menelaah… sekali sekala kedengaran bunyi mesej dari telefon bimbit Wani. “mesti tengah mesej dengan Din nie.” Desis hatiku.
“Alah… rileks la Yul… take five!” sahut Mira mendengar keluhan ku.
“Aku risau la wei….sem nie aku rasa enjoy sangat. Malas nak baca buku. Aku pun tak tau la apa nak jadi dengan aku nie.”
“elleh… iye la sangat ko tue…” Mira sangsi dengan pernyataanku.
“Iye la…” kata ku perlahan.
“Yul, ko rasa aku nie okey tak?”
“Ha? Okey macam mana maksud ko nie?” tanyaku tidak mengerti.
“Yelah….aku nak tau apa kekurangan aku… cuba kau story sikit.” Pinta Mira.
“ehmm…..” aku ragu untuk berkata.
“Ehmm ape? Cakap jer la…” desak Mira.
“Ko nak ke aku cakap terus terang depan budak ni?” mataku meleret kea rah Wani yang sedang baring disebelahku. Wani perasan dengan tingkahku.
“Yelah….aku sedar….aku nie tak cantik.. masuk u guna orang dalam….gemuk….pendek….” Rajuk Wani dengan ayat biasanya. Aku dan Mira hanya tersenyum. Bosan barangkali dengan ayat lapuknya itu.
“Ehmm… bak sini pen dan kertas. Biar aku tulis jer…. Nanti kau baca la sendiri. Ok?”
Mira pantas mencari note book kecilnya dan sebatang pen lalu diberikan kepadaku.
“Yul, tulisla untuk kawan-kawan kita yang lain jugak.” Pinta Mira lagi.
“ehmmm….” Aku berfikir sejenak. “okey! Tapi kau sorang jer boleh baca tau! Jangan bagi baca orang lain. Janji tau!”
“janji…!” sambut Mira segera.

Aku mula menulis….

Mira…..
Aku kenal kau kat toilet blok kita…time tu kita basuh baju…pastu ko tanya aku, “boleh buat tak exercise lab tadi?” tapi aku bler! Dan aku tanya, “awak kenal saya ker?” rasanya mesti kau bengang kan? Mesti dalam hati kau, “ish…ape hal minah nie?”
Mira, time tu aku memang ada masalah nak cam orang… aku main tegur sape-sape jer tapi nak ingat memang payah…. Maafla kalau kau tersinggung…
Aku gembira kawan ngan kau… sebab kau ada apa yang aku tak ada… aku kurang apa yang kau lebih…
Dan aku percaya hidup ini simbiosis…sebab tulah Allah takdirkan kita kenal…! Aku hargai kurniaan Tuhan ini… nak kata kau perfect tu… tak la… manusia mana yang perfect kan?
Kau okey… tapi sometime aku tengok kau takut nak expose diri…. Macam yang aku pernah cakap, kalau boleh aku nak ubah kau sikit…dan bila kau tanya kenapa… aku akan jawab “sebab aku ada seorang kawan yang takut untuk bergembira, aku just nak tunjukkan pada dia…betapa mudahnya….”
Aku bukan la kawan yang perfect untuk kau dan semua…tapi ini lah aku… kadang-kadang aku dikuasai emosi… tapi Alhamdulillah, aku belum pernah lepaskan kat ko… aku takut gak kalau-kalau aku terlanjur bicara terkasar bahasa…
Aku bukan seperti kau yang penuh dengan kesopanan dan kelembutan… harap-harap, bila kita dah habis study, aku still ada……..dalam ingatan kau!
Mira…maybe I’m not the best for you but honestly, what I gave to you is the best from me!


Wani…..
Wani… aku rasa nak gelak bila ingat kelakuan kita antara satu sama lain time sem satu… aku tak tegur kau sebab aku memang tak tau apa benda yang aku perlu cakap bila jumpa kau… tapi percayala…aku rimas bila terpaksa lalu dihadapan kau tanpa sepatah kata…
Bila Din cerita yang dia jatuh cinta kat kau…aku setuju jer… yelah aku nak kata ape kan…? Aku takut gak kalau ko salah faham dengan hubungan aku dengan Din so aku suruh Din bagitau kat kau, sapa aku pada dia… syukurlah Din dah jelaskan…
Aku tak pernah tau sapa kau…tapi bila Din bagitau yang dia gaduh kat kau, aku nak jer tanya kat kau “apa dah jadi sebenarnya?” tapi aku tak terkata ape-ape….
Eleh…kau pun satu, bukannya nak try tegur aku ke ape….kau pun buat dono jer… so jangan nak salahkan aku jer erk…
Aku percaya dengan takdir Tuhan….dan dengan takdir Tuhan, kita kenal….dan bila dah kenal, aku sedar yang kita satu kepala…! Aku enjoy bila bergurau ngan kau! Aku tak percaya macam mana kita boleh miss sem satu macam tu jer… rasa rugi plak…
Dan bila kenal kau, baru aku tau….betapa dalamnya cinta seorang perempuan pada sang lelaki yang bergelar abang angkat aku…. Betapa bertuahnya Din…! Dan aku berjanji akan sentiasa ada dibelakang kau…
Aku kagum dengan kau….
Walaupun kau tau latar belakang Din…kau still terima dia seadanya…. Walaupun kau tau Din pernah ada hati kat Mira, tapi kau still kawan dengan Mira….walaupun kau tau ada member kita pernah mengata yang bukan-bukan tentang kau, kau still layan gak budak tu… walaupun aku tahu, hati mu sedikit terluka….tapi kau begitu bijak sembunyikan perasaan….
Aku bersyukur sebab kenal kau…. Aku mahu ianya bekekalan…. Walaupun nilai persahabatan yang kau beri pada aku tidak sebanyak kasih sayang yang kau tadah untu Din…tapi aku tetap bersyukur…. Dan walaupun aku akan jadi orang yang terakhir akan kau ingat bila kau meraih satu-satu kemenangan, aku tetap akan mengukir senyum…
Wani, aku mahu jadi orang yang akan selalu kau percaya… dan aku mahu ada satu keyakinan untuk aku terus mendoakan kebahagiaan kau…. Aku ada satu keinginan…. Aku taknak kau fobia dengan nama AISYAH!!! Aku nak terus terang nie…. Aku suka nama Aisyah sebenarnya… tapi bukan orang yang dah buat kau terluka tue… hey girl, Aisyah is nothing….. Trust me you’re better!
Rasanya ada beberapa kali aku mangguris perasaan kau dengan tanpa sengaja… maafkan aku… kadang kala aku mengeluarkan pendapat ikut sedap kepala aku nie jer… bila dah cakap tu, baru aku sedar… lemahnya aku sebagai manusia….
Walapun kau pernah buat aku kecewa dengan satu pegakuan kau, tapi siapalah aku untuk menolak satu kebenaran….
Mungkin satu hari nanti, kita tidak lagi akan seakrab ini… tapi cukuplah kau tahu….i’m your someone when you have no one!
Tidak mungkin aku akan jadi antara kawan kau yang penting macam mana Mira dan Zaza penting pada kau…. Dan aku tidak mendambakan itu setelah apa yang terjadi pada aku satu ketika dulu…
Aku tengok, kadang-kadang kita ada terlalu banyak persamaan… dan aku takut kalau itu akan membuatkan kita akan saling menolak satu hari nanti…
Ingat tak, aku pernah cakap… aku tidak mudah menyayangi orang….walaupun dia kawan rapat…. Tapi, cukuplah kau tahu, jika mawar ungu itu benar-benar ada….aku akan bagi kat kau! Yah, mawar ungu untuk kawan yang serasi.
Dan aku harap, bila kita berselisih….kau akan ingat mawar ungu itu...!
Satu lagi…. Mungkin kau boleh tipu yang lain tapi bukan aku… aku tahu apa yang kau sembunyi… diamnya aku bukan bererti aku percaya, tapi aku mahu kau ambil masa untuk mencarinya… kerana aku memahami situasimu itu… berusaha mencari….
Aku tidak mungkin jadi matahari yang memberi cahaya buat kau, cukuplah….aku hanya jadi si pelangi… tak bercahaya namun tetap setia menunai janji member seri!!!
Keep in touch!

Nadie…
Nadie….ingat lagi tak kat mana kita jumpa masa mula-mula dulu? Kat kelas tutorial math! Kau bagitau nama kau Nurul Nadia then kau suruh aku panggil kau nadie…. Aku taknak…. But lastly, aku panggil jugak kau ngan nama tu….sampai hari nie….
Pada aku, kau nie umur jer muda tapi tak nampak macam muda pun…. But, sometime aku tengok kau macam tak professional… aku paling tak suka bila kau judge aku bukan-bukan… pada aku, kau langsung tak kenal aku…
Cuma aku berterima kasih sebab menemani aku disepanjang perjuanganku disini… kau tak pernah lokek berkongsi ilmu… ada kalanya aku berkecil hati dengan sesetengah tindakan kau…. And sory to say, ada kalanya aku rasa kau nie over confident plak…. Aku iye kan je la sebab nak jaga hati kau… hipokritnya aku disaat-saat itu…
Apa-apa pun, dalam cinta kau terlalu mentah! Mungkin kau sendiri belum tahu apa itu makna cinta… go back and learn for it!
Perkara yang paling aku takkan lupa sepanjang persahabatan kita ialah bila kau bersikap kurang biadap kat aku dua minggu lepas! Thanks for the greatest memory!
Aku suka berkawan dengan kau Nadie… aku bebas menjadi diri aku…Cuma dalam hal-hal tertentu, ada perkara yang kita tidak boleh kongsi bersama…dan itu membuatkan kita kurang serasi…

Fitri…
Aku kenal kau kat airport masa kita sama-sama nak daftar uum…aku suka kawan dengan kau…maybe sebab time tu aku rasa kau caring orangnya and boleh satu kepala dengan aku kot…
But…hari demi hari yang berlalu, aku mula sedar penilaian aku terhadap kau adalah silap! Aku tak suka bila kau sensitive tak bertempat…. Aku benci dengan perangai kau yang panas baran… kadang-kadang perasan macam kau la yang terbaik…aku akui kau jauh lebih baik dari segi pelajaran, tapi pada aku penghormatanku bukan berdasarkan itu apalagi untuk memberi sanjungan…
Aku tidak akan sesekali mahu membuka tirai permusuhan diantara kita… aku memendam rasa dengan ini semua… tapi sampai bila? Hidup ini simbiosis Fitri… kau tidak akan sesekali dapat hidup bersendiri dalam dunia ini… dan untuk tidak bersendiri, kita perlu tahu bagaimana caranya untuk menjaga perasaan orang lain… aku tidak minta kau jadi manusia yang hipokrit tapi perubahan itu perlu… bukan computer jer yang kita perlu update tapi diri kita pun kena update gak…
Harap kau sentiasa tahu dan sedar bagaimana hidup ini bermula….dan bagaimana kita perlu melaluinya and of course aku nak kau bersedia untuk tahu bagaimana hidup ini perlu diakhiri!
Aku tak nafikan, ada kalanya kau bersikap caring….dan itu akan membuatkan sesiapa sahaja berasa senang…
Cuma aku sentiasa takut… takut kalau-kalau baran mu meletus… aku benci disituasi itu…
Aku juga benci untuk menjadi orang tengah diantara kau dengan Nadie…! Aku sentiasa ingin mencari jalan untuk keluar dari situasi itu….
Untuk kau….aku hadiahkan falsafah ini….'perubahan yang paling baik ialah perubahan yang dilakukan daripada dalam, sebab perubahan yang dilakukan dari luar hanya lakonan semata-mata!'

Zaza…
Zaza…aku tidak pernah terfikir untuk tahu siapa kau tapi yang aku tahu aku kenal kau sebab kita labmate untuk subjek Programming masa sem satu… tak banyak yang ingin aku katakan buat kau… Cuma aku selesa berkawan dengan kau….aku suka berkawan dengan orang yang gila-gila…aku boleh hilangkan tekanan…
You be yourself girl…. Kau ada dunia kau sendiri… that’s nice to me!
Za…jangan sesekali bilang tidak pada cinta jika dia masih tak mampu kau lupakan… hilangnya manusia mungkin berganti…. Tapi yang jadi pengganti tidak mungkin sebaik yang diganti… pilihan ditangan kita…dan jika satu saat kau gagal dalam membuat pilihan…serahkan pada Dia… pasti Dia ada rancangan yang lebih baik untuk kau…. Aku akan selalu mendoakan yang terbaik buat kau!

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi… mataku mula merayu untuk ditutup rapat. Aku memandang Wani yang lena disebelahku. Sempat aku mengukir senyum. Wajahnya nampak tenang sekali. Sangat berbeza dengan tingkahnya semasa dialam sedar.
Hemmh…keletihan agaknya… acap kali di cuba mencuri pandang penulisanku sebentar tadi namun aku gagah menepis.
“Jangan sibukla…pegi main jauh-jauh…”
“ala… nak tengok….”rengek Wani.
“Arghhh…taknak…” aku menutup helaian yang penuh dengan tulisan dengan tapak tanganku… Mira hanya tersenyum melihat gelagat kami. “dah… pegi tidur…” arahku sedikit keras. Wani hanya menjelirkan lidah. Aku membalas.
Lamunanku tersentak disitu.
“Mira, dah siap dah nie. Aku letak kat atas meja erk.”
“Okey… kejap lagi aku baca.” Mira menyambung kembali pembacaannya.
Aku sempat menoleh kea rah Wani. Matanya terbuka kembali. Ku lihat dia sedang asyik menekan punat telefon bimbit yang pastinya sedang membalas mesej daripada Din kesayangannya. Aku menggeleng kepala.
“Dah…aku nak tidur dah nie…tepi sikit ye kanda…” sengaja bergurau. Since dia couple dengan Din, secara tak langsung aku dianggap as adik ipar. And kitorang getting to cloze like sisters. Konon perasan anak raja. That’s why aku membahasakan diri aku as dinda and Wani membahasakan diri dia as kanda.
Wani mengalihkan tubuhnya sedikit ke tepi memberi aku ruang untuk merebahkan diri. “Wei, ko pun tidurlah gak…mata pun dah merah aku tengok…”
“Aku nak mesej dengan abang sayang aku nie…” Wani menayang-nayangkan telefon bimbitnya.
“Ape-ape la… nite!” seketika aku lupa tentang hari yang berlalu…. Sebelum itu aku sempat terfikir tentang apa yang telah ku tulis tadi. Harap-harap tiada hati yang terluka dengan luahan ku tadi. Bukan niat menyakiti hati sesiapa. Aku hanya ikhlas……ikhlas menulis…..kerana aku tidak begitu bijak untuk berterus terang….!


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Hari nie, kami semua means nama yang termasuk kat entri nie, berada dalam sem lima. To many things happened between us. Everything was changed. Yang paling ketara, aku dengan Wani dah tak macam dulu. Sejak bila? Sejak kita berasa dan terlalu yakin kita sudah cukup kenal. Dan sejak dari itu kita tidak menjaga hati dan perasaan yang lain. Dan sejak aku sibuk dengan JPM. Dan sejak aku rapat dengan kawan yang lain. Sejak itu aku juga lupa mencari jalan penyelesaian. Mungkin kah aku masih berkecil hati atau aku sendiri yang sudah tawar hati? Sedangkan satu saat dulu, aku menganggap Wani as my sister. Wani yang aku tidak mahu sesiapa pun lukakan dia. Jangan ada yang berkata buruk tentang dia. Wani yang sangat mengerti aku dan orang yang paling cepat tau keinginan aku.
Dah lama tak menyebut namanya. But today…memory itu datang membuatkan aku mempublishkan tulisan ini. Bacalah dalam bahasaku. Please.





0 comments:

Followers