Powered By Blogger

cuteComel

My photo
tawauKuantan, sabahPahang, Malaysia
TRUE friendship is not just sharing to show that you're caring... it's mean something more than that... No need to say, no need to show… just close your eyes and she will in your mind… Coz she have thougt you the TRUE meaning...

Saturday, October 3, 2009

indrani2 (part 4)

Langkahku longlai menyusuri lorong wad 7 Hospital Sultanah Bahiyah.
“Awak memang layak menderma sebahagian sum-sum tulang awak kepada Salwani.” Doktor Ridzwan selaku doktor yang bertanggungjawab merawat Wani menjelaskan. Wajahku bertukar ceria. Aku mula membayangkan senyuman Wani yang telah lama kami rindui. Dan tentunya orang yang paling gembira mendengar perkhabaran ini ialah Din. Tidak sabar rasanya aku ingin melangkah keluar dari bilik doktor Ridzwan untuk menemui Din yang setia menemani Wani di sisi katil. Aku ingin mengembalikan senyumannya dan pastinya aku juga mahu tawa riang kawan ’sekepala’ ku bergema lagi!
”Ye ke Doktor?! So, bila kita nak jalankan pembedahan? Kalau boleh saya nak ia dijalankan secepat mungkin. Tentang kos tu, kami tak kisah. Abang Wani dah setuju untuk membiayai semua kos pembedahan tu asalkan kita dapat pendermanya. Dan...” belum sempat aku menghabiskan kata-kata.
”Tunggu dulu Yulie...saya sebenarnya tak habis cakap lagi. Ya, memang awak sesuai sebagai penderma dan Salwani akan kembali seperti sedia kala tapi apa yang saya bimbangkan ialah kesannya adalah pada awak.” Nada doktor Ridzwan agak perlahan dihujung ayatnya tapi masih jelas kedengaran dicuping telingaku.
”Maksud doktor?” tanpa berlengah, aku terus bertanya.
”Awak mungkin akan menghadapi implikasi koma selepas pembedahan tu dijalankan.”
Aku terkesima. Mataku terbeliak.
”Koma?!!!”
Doktor Ridzwan mengangguk perlahan sebelum menyambung kata.
”Begini...sum-sum tulang yang akan diambil dari bahagian tubuh awak terletak berhampiran dengan saraf tunjang yang akan memberi kesan kepada bahagian otak. Risikonya amat tinggi dan awak akan koma buat sementara waktu untuk membiasakan organ awak berfungsi seperti biasa dengan kehilangan sebahagian sum-sum tulang awak yang bakal didermakan kepada Salwani.” panjang lebar penerangan dari doktor Ridzwan.
Walaupun aku tidak begitu mengerti tentang apa yang diterangkan berkenaan fungsi saraf tunjang dan kaitannya dengan otak tapi aku jelas memahami satu perkara. Aku perlu berdepan risiko yang besar. Aku takut.
”Tapi saya takkan mati kan Doktor?” tanyaku dengan nada sayu.
Dr. Ridzwan menggeleng laju.
”Oh tidak....tidak...Awak takkan mati disebabkan pembedahan ni sebab peluangnya amat tinggi iaitu 92%. Tapi tempoh awak akan berada dalam keadaan koma tu, saya tak boleh beri jaminan. Mungkin sehari, seminggu, sebulan, setahun, sepuluh tahun atau mungkin lebih dari tempoh itu. Semuanya terpulang pada tubuh awak untuk kembali berfungsi seperti biasa dan semangat awak untuk hidup.”
Sehari atau seminggu atau mungkin kalau terpaksa sebulan, aku tidak kisah tapi bagaimana kalau lebih dari itu? Apa yang berlaku pada pengajianku? Pastinya perlu ditangguhkan lebih lama sedangkan aku mahu menggapai cita-citaku dengan segera.
”Takda alternatif lain ke Doktor?” tanyaku segera.
Dr. Ridzwan menggeleng perlahan sambil bola matanya memandang redup pada anak mataku. Satu reaksi yang ku mengerti maknanya.
”Kita hanya ada satu cara. Berdoa supaya Salwani masih dapat bertahan sehingga pihak kami berjaya menemukan penderma yang sesuai untuknya.”
”Dik, kau dari mana?”pertanyaan Din yang secara kebetulan keluar dari bilik Wani meragut lamunanku. Aku sendiri tidak sedar bila aku sampai dihadapan pintu bilik Wani.
”Ar? Oooh! Aku baru je sampai. Aku dari kolej....saja datang sini mau tengok Wani. Ehm, dia macam mana?” Din hanya menjungkit bahu sambil matanya memandang Wani yang terlantar diatas katil.
Fikiranku tatkala itu masih merawang tentang kata-kata Dr. Ridzwan sebentar tadi. Wajah Din ku lihat terlalu letih dan tidak terurus. Timbul rasa simpati dan hatiku sayu melihat situasi ini. Mungkin kalau Azmil mengalami masalah yang sama dengan Wani, aku juga akan tersiksa seperti Din. Pastinya ia terlalu perit.
”Kau mau pegi mana Din?” melihat Din seperti hendak melangkah pergi, aku bertanya.
”Surau.” sepatah jawapannya dalam nada sayu.
”Oooh..ok..aku mau masuk tengok Wani. Dah lama ndak tengok dia. Rindula..” kataku perlahan dihujung ayat diikuti dengan keluhan sambil mataku meleret melihat wajah polos Wani yang terbujur kaku di atas katil menerusi tingkap kaca.
”Masuklah. Lepas abang solat, abang datang sini balik.” Din megatur langkah meninggalkan aku. Mataku mengekori langkahnya hingga dia hilang dipandangan.
Aku memutar tombol pintu dan masuk ke bilik Wani. Aku menarik kerusi disisi katilnya dan duduk. Kuperhatikan tubuh Wani yang kaku tidak bermaya. Aku memegang tangannya yang dingin lalu ku genggam erat. Aku berharap disaat aku menggenggam tangannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama tapi aku hampa seperti yang kujangka. Tangan Wani kaku. Dia tidak sedarkan diri disaat kehadiranku.
Aku masih ingat, tangan yang kugenggam inilah yang selalu hinggap dipipi ku tatkala aku dan Wani sakat-menyakat. Tangan yang sedang menggenggam tangannya ini juga lah yang sering membalas setiap kenakalannya. Dan tangan-tangan inilah yang menjadi senjata disaat kami usik-mengusik. Dua tangan umpama musuh tapi hari ini ianya kusatukan dalam satu genggaman sebagai tanda tiada lagi ’perang’ diantara kedua empunya.

0 comments:

Followers