Powered By Blogger

cuteComel

My photo
tawauKuantan, sabahPahang, Malaysia
TRUE friendship is not just sharing to show that you're caring... it's mean something more than that... No need to say, no need to show… just close your eyes and she will in your mind… Coz she have thougt you the TRUE meaning...

Sunday, August 9, 2009

pergilah...pergi

Kata Nenda,

Kawan umpama lebah…

ada madu dia muncul.

Kata Bonda,

Kawan bagai kumbang…

habis madu terbang pergi.

Kata Ayahanda,

Kawan cuma merpati…

disiul tidak mungkin datang.

Tapi aku bukan seperti itu.

Aku mahu jadi kemboja

yang memberi rendang pada pusara

dan menabur wangi di atas Bumi.

Walaupun aku tidak mampu jadi matahari

mengeringkan ikan dijemuran

tapi…

aku tidak mungkin akan jadi lalat

yang merosakkannya!

Bukan mudah menggapai awan diangkasa. Bukan mudah mimpi itu dicipta. Terlalu sukar diluah dengan kata. Dan tidak terdaya untuk aku membuktikannya.


Dia tiba…dia pergi. Patah tumbuh…hilang kan berganti.

Namun yang tumbuh mungkin tidak akan sama dengan yang patah. Yang mengganti tidak akan sehebat yang hilang…


Aku percaya ini bukan ilusi. Bukan fantasi. Bukan bicara kosong apalagi ia datang dari hati.

Maaf…maaf…dan maaf. Aku tidak mampu berdiri lagi. Jika itu takdirnya...jadi aku akan berhenti berusaha lagi.


Jika itu mahunya…jadi aku akan tunaikan seribu permintaan. Jika begini akhirnya…jadi aku akan rela dengan sedikit berat hati. Dan jika disini penghujungnya…jadi aku perlu beredar tanpa kau disisi.


Telah ku tulis nota-nota…kisah dulu…menjadi santapan kenangan.

Aku punya kekurangan…dan kau tiada kesempurnaan…dan kita saling melengkapkan.

Tapi itu mungkin tidak cukup untuk menunaikan seribu keinginan.


Telah ku lukis warna-warna…cerita kita...menjadi yang teragung diantara semua.

Aku punya kelebihan…dan kau penuh keistimewaan…dan kita saling mencorakkan.

Tapi itu mungkin tidak mampu mewarnai dua mimpi yang berbeza.


Pergilah…pergi.

Jangan toleh padaku lagi.

Pergilah…pergi.

Realitikan semua mimpi.

Pergilah…pergi.

Tempatmu bukan disini.

0 comments:

Followers