Hari ni rasa tak sedap hati. Tak tau macam mane nak cakap. Ntahla. Rindu. Pilu. Kecewa. Semua perasaan ada. Rasa macam nak lari beribu batu. Rasa macam nak sembunyi jauh-jauh. Tak tertanggung rasa beban hati.
Terkeliru dengan kehendak hati. Atau mungkinkah ini cuma perasaan. Aku mula membenci diri. Benci pada yul yang terlalu naif. Benci pada yul yang berpura-pura ketawa dalam derita. Benci pada yul yang tak mampu bertahan. Benci pada yul yang takut menerima takdir diri!
Menangis ketika tengah bersendiri. Dari dulu sampai sekarang, itu la aku. Kadang-kadang berpura-pura tabah. Berpura-pura taknak ambil tau padahal dalam hati… arghhh….! Aku sayang kamu. Tapi pliz… tolong fahami… ku harus pergi. Jangan sayangi aku. Berhenti rindu aku. Jangan biarkan mata itu toleh padaku. Berhenti sebut namaku. Jangan panggil aku.
Terkadang aku berharap, tiada apa yang pernah bermula. Supaya aku tak takut semua ini berakhir.
Jika hari itu mata ini tidur…pasti aku tidak kenal kamu. Jika hari itu telinga ini pekak…pasti aku tidak dengar kamu… Jika hari itu hati ini buta…pasti aku tidak sayang kamu.
Dan jika aku kembali ke satu saat dimana kita bermula… pasti aku akan berundur setapak. Supaya kita tidak seiring tanpa kata kini.
Kembalikan saat itu. Saat aku tidak tahu nama mu. Saat aku sendiri dengan dunia ku. Saat aku tiada keinginan kenal kamu.
Aku mahu aku. Hanya aku. Tiada kamu. Aku mahu aku. Tak perlu kamu. Aku mahu aku. Hanya cerita ku. Tanpa watak mu.

0 comments:
Post a Comment